Wednesday 25 June 2014

Sejarah SMA Khairiah


Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 Sept 1942 di beranda Masjid Hiliran, Kuala Terengganu oleh Ustaz Hj. Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al-Masri. Perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaat, 05 Mac 1943. Kemudiannya Madrasah Al-Khairiah dipindahkan kawasan dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan dua buah rumah oleh Dato' Andika DiRaja dan En. Mohd. Ali Awang Besar. Pada awal 1953 SMA Khairiah dikhaskan kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja sehingga kini.Pada 29 April 1959 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah membeli rumah daripada Tuan Hj. Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 06 April 1961, mula dipindahkan ke bangunan baru di Gong Kapas. Pembukaan rasmi pada 27 Mei 1961 oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu. Pembesaran kawasan sekolah dari semasa ke semasa dilakukan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan iaitu Bengkel Jahitan MARA.

Sejarah Sekolah Sma Al-Falah

Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.
Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.
Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.

Sejarah SMA Maarif

Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.
Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang. Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya ;

1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
2. Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh                                  (1939)
3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri                (1936)  
4. Pondok Tuan Guru Hj muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut     (1918)

Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu. Kemahiran yang diajar seperti membaca, menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.

Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang ditubuhkan pada tahun 1921. Diawal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945, sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan. Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang. Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru bertambah seramai tiga orang.

Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan. Kemudian pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.

Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelajaran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada zaman Jepun ialah Tan Sri Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama Datuk Bentara Luar yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "madrasah rokki al-arif telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.

Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 7 bangunan. Kemudahan yang ada termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2008, Sekolah ini telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan.
Berikut ialah Senarai Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini.
BilNama PengetuaTempoh Berkhidmat 
1.Haji Mohamad bin Haji Awang11.1942 - 06.06.1954
2.Encik Abd Rahman bin Omar01.06.1954 - 31.12.1954
3.Encik Wan Hassan bin Wan Ahmad  01.01.1955 - 28.02.1955
4.Puan Azizah bt Haji As'ad01.03.1955 - 10.03.1956
5.Puan Azizah bt Hashim  11.03.1956 - 09.02.1958
6.Puan Sufiah bt Abbas15.02.1958 - 31.01.1961
7.Haji Ismail bin Abdullah01.02.1961 - 14.01.1962
8.Puan Zubaidah bt Haji Mohd Ali15.01.1962 - 06.06.1963
9.Haji Salleh bin Ismail09.06.1963 - 01.01.1964
10.Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim14.01.1964 - 04.01.1975
11.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik06.01.1975 - 31.12.1981
12.Haji Muhamad bin Mohd Zin02.01.1982 - 15.11.1986
13.Haji Sulaiman bin Ali15.11.1986 - 30.12.1989
14.Haji Nik Wan bin Nik Hassan01.01.1990 - 24.01.1991
15.Haji Muhamad bin Mohd Zin15.07.1991 - 31.01.1996
16.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik02.05.1996 - 28.02.1997
17.Encik Hashim bin Embong09.03.1997 - 15.03.2001
18.Haji Deres bin Deraman15.03.2001 - 20.02.2005
19.Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail07.03.2005 - Sekarang

KESSUMA TERENGGANU 2013

Kessuma ini telah berlangsung di Pahang selama 1 minggu.Kontijen Negeri Terengganu telah dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia(KESSUMA) peringkat kebangsaan kali ke-14.Kelantan muncul naib juara dan Kedah ditempat ke-3.


Majlis perasmian penutup KESSUMA kali ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Kumpulan In-Team turut membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis penutup ini.


Ketua Kontijen Terengganu menjulang piala kejuaraan.

Musmat 2014 dan dikir arabic Smasid

Alhamdulillah.... tahniah kepada smasid nasyid lelaki atas mendapat johan dapat pertandingan musmat akhir yang berlangsung di Sma Itifakiah baru-baru ini.Kami telah menetap disitu selama 3 hari 2 malam.kumpulan ini diberi gelaran Aswatul Muttaqin)





dan tahniah juga kepada awop-awop dikir Smasid kerana mendapat johan dalam pertandingan dikir arab piala YDSM 2014...



Pusat PSS Smasid

* VISI SMASID
     SMASID  Cemerlang di Terenganu pada Tahun 2014.

* MISI
    Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan modal insan yang gemilang dan bertaqwa.

* MOTO
    SMASID beradab ceria dan cemerlang.

Sudut-sudut Cadangan untuk PSS:

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

- Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
- Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
- Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
- Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
- Menarik minat murid ke perpustakaan.


2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

- Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR) 

- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
- Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.








4. ALBUM PUSAT SUMBER

- Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
- Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
- Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

- Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
- Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
- Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU





- Menarik minat murid untuk membaca. 
- Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




7. SUDUT KUIZ BESTARI

- Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan. 
- Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
- Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH

- Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
- Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




9. LAMAN CAKNA PANTUN

- Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
- Mengekalkan budaya melayu.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

- Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
- Menghargai kejayaan sekolah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.




11. LAMAN KOLEKSI MAYA

- Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu :

  • Sudut Mata Wang Sedunia
  • Sudut Koleksi Setem Sedunia.
  • Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
  • - Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
  • - Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
  • - Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
  • - Menarik minat murid ke perpustakaan.




12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM



- Menghargai bakat yang ada pada murid. 


- Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah. 


- Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 





13. SUDUT HASIL KERJA MURID




- Menghargai segala hasil kerja murid. 


- Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 





14. SUDUT PERMAINAN




- Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid. 


- Mengekalkan permainan tradisional 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 







15. SUDUT POHON ILMU 




- Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid. 


- Mengantung bahan-bahan hasil seni murid. 


- Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 





16. SUDUT BERCERITA




- Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh. 


- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 








17. SUDUT MAYA PUPET




- Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh. 


- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 








18. SUDUT WARISAN BUDAYA




- Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang. 


- Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 





19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA




- Memperkenalkan kepada murid negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara. 


- Menanam sikap menyintai negara sendiri. 


- Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. 


- Menarik minat murid ke perpustakaan.





20. LAMAN BUSANA 




- Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita. 


- Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.


- Menarik minat murid ke perpustakaan. 







21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

- Mengekalkan barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.

- Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.

- Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING

- Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.

- Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.

- Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.





23. SUDUT SEJENAK MEMBACA

- Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.

- Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




24. SUDUT AKHBAR

- Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.

- Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




25. SUDUT RUJUKAN 

- Sudut Guru

> Memudahkan guru mencari bahan rujukan. Menarik minat guru ke perpustakaan.


- Sudut Murid

> Memudahkan murid mencari bahan rujukan. Menarik minat murid ke perpustakaan. 




26. SUDUT KAKTUS

- Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".

- Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.

- Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




27. SUDUT MAJALAH

- Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.

- Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.






28. SUDUT HIDUPAN AIR

- Memperkenalkan benda hidup kepada murid. 

- Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




29. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

- Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.

- Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




30. SUDUT PROGRAM NILAM 

- Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM. 

- Melicinkan guru membuat analisis .

- Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.




31. SUDUT ANGKASA LEPAS

- Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.

- Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.

- Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. Menarik minat murid ke perpustakaan.






32. SUDUT JALAN RAYA

- Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni

- Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




33. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

- Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.

- Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




34. SUDUT INFO AKURIUM 

- Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.

- Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium

- Menarik minat murid ke perpustakaan.




35. SUDUT NOSTALGIA GURU

- Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.

- Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.

- Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.

- Menarik minat murid ke perpustakaan.