Disini saya nak share sedikit pengalaman saya mengikuti Kem Mukmin Al-Fateh.Kem ini berlangsung Di SMA Sultan Ismail Dungun.Program ini dianjur olek kumpulan Alumni Smasid.Kem ini untuk pelajar tingkatan 4 sahaja dan berlangsung selama 3 hari.Semua pelajar diwajibkan menetap di asrama dan bukan tidur dalam dorm tetapi wajib tidur di dalam musolla kerana kami akan melakukan solat tahajud secara berjemaah.Kem ini dihadiri 10 orang fasilator lelaki dan 15 orang fasilator perempuan.Tujuan kem ini dilakukan adalah untuk mengembalikan semula semangat dan jihad Islam dalam diri pelajar-pelajar tingkatan 4.Kem ini banyak aktiviti yang dilakukan antaranya solat berjemaah,membaca al-mathurat bersama-sama dan banyak lagi.Pada setiap pagi dan petang,kami akan membaca al-mathurat.membaca A-mathurat banyak kelebihannya iaitu
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Selamat dari segala sesuatu.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Allah berhak untuk meredhainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
- Terhindar daripada syirik.
- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.
- Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
- Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Pada waktu malam pula,kami akan sentiasa membaca surah Al-mulk.Kami akan dihadiri dengan penceramah yang hebat.Pada malam last kami mengikuti kem itu,kami dilakukan dengan aktiviti malam keseniaan islam dan ada sahabat yang ena menceritakn kisah pahit dalam hidupnya iaitu perasaan apabila menghadapi kematian ayah dan ibu mereka.Kami sangat bersimpati dan sedih.Tanpa ibu bapa,kita tidak akan lahir di dunia ini dan ibu bapa lah orang yang paling terpenting.Maaf dan silap andai ada kesalahan.Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment